Followers

Saturday 27 August 2011

Saya tahu saya tak cantik. :D

Assalamualaikum kawan kawan. *dengan nada yg pnuh keriangan*
Today rase mcm nak share something yg mnarik kat sini.
Mostly dedicated to the muslimat, but muslimin pun boleh bace jugak :)
So read it kayh !
Bismillah first ^^


Phewittt! Yo! Aweks cun lalu lah. Wahhh!! Comelnya dia. Perghh!! Dia jeling! Assalamualaikum boleh abang nak kenal?"

usik sekumpulan budak nakal yang tak pergi solat Jumaat, tapi bangga kemain dekat kedai makan sambil 'phewit phewit' awek yang lalu lalang sambil ketawa berdekah-dekah.


"Ha! Artis Korea ni cute sangat-sangat! Very love her! Nak jadi macam dialah. Kenapa dia lawa aku tak lawa? Semua baju dia pakai semua nampak cantik. Ishhhh... jelesnya aku!",

 bentak seorang gadis sambil menatap sebuah majalah hiburan yang terkenal .


Dimana Nilai Kecantikan ?



Sebenarnya kita semua adalah makhluk ciptaan-Nya yang paling sempurna dan cantik di muka bumi ini. Allah telah menentukan sesuatu sifat dalam diri kita adalah yang terbaik. Hanya mata kita sahaja yang diselaputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.


Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah ? 




Saya Tahu Saya Tak Cantik ...






Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..  
  Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.  
  Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.
  Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki
  Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.  
  Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.  
  Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.  
  Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... 
  Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..  


Anggun di mata Allah , kecantikan sejati





Kecantikan terdiri dari 2 jenis; kecantikan lahir dan kecantikan batin.


  Kecantikan batin (inner beauty) adalah kecantikan yang dicari kerana essensinya, seperti kecantikan ilmu, akal fikiran, dan kesucian diri. Kecantikan batin inilah yang merupakan titik pandang Allah pada diri hamba-hamba-Nya.  



Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis:


"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian." (HR. Muslim).




Sama-sama renungkan ~

Syukran ~

Okay itu sahaja untuk hari ini. :)
Assalamualaikum :)


nota hati:Entry ini hanya di-copy paste sahaja. Harap maklum.

No comments:

Post a Comment