Followers

Thursday 8 December 2011

makna sebenar

Optimis : orang yang jatuh dari Menara KLCC,tapi ketika di pertengahannya berkata "tengok!aku tak cedera pon"

Bapa : Pegawai bank yang tercipta secara semula jadi

Konferens :Kekeliruan seseorang yang digandakan dengan beberapa ramai orang yang menyertainya.

Air mata :Kuasa hidrolik yang terhasil akibat kekalahan tenaga maskulin kepada aliran air feminin

Perbincangan berkumpulan : suatu lokasi dimana semua orang bercakap,tiada seorang pun dengar dan akhirnya tiada seorang pun setuju

Klasik : Buku yang semua orang puji tapi takde seorang pon yang membacanya

Senyuman :satu lengkungan yang menyebabkan semua benda lurus kembali

Dan lain lain lagi : suatu perkataan yang akan membuatkan orang lain fikir anda tahu banyak lagi (hakikatnya tidak)

Diplomat : orang yang berkata "boleh blahlah dengan kau " dalam cara diplomasi dan halus,yang anda fikir ia bermaksud hendak membawa anda melancong ke negaranya secara percuma.





.

Wednesday 7 December 2011

put yourself in other's shoes



entry kali ni untuk peringatan buat aku dan jugak korang korang yang membaca.
sebagai manusia normal macam aku,korang mesti jugak pernah rasa marah,tak puas hati dan rasa perasaan yang sewaktu dengan nya.pernah kan,
dan sometimes kita jugak tertanya tanya kenapa si polan ni buat camtu camni.
kita jugak pernah tak terlepas daripada mengata,mengumpat dan mengutuk dan dan dan lagi.
eh,jangan risau dan jangan malu nak mengaku sebab aku pon sama.

dan sebenarnya keadaan keadaan di atas ni berlaku sebab kita hanya pikir pasal diri kita je.,
okay,sekarang jom baca sebuah cerita yang aku dapat daripada internet

Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak menikmati sandwic dan Coke kita di tengah taman dengan udara bertiup lembut itu,tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak kecilnya duduk di sebelah kita. Lelaki itu hanya menung panjang melihat ke tasik dan mendiamkan diri sementara anak-anaknya berlarian macam setan menjerit-jerit sekuat hati. Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan kening berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang lain tu.


Kita pun lama-lama semakin bengang. Setan sungguh budak ni! Apahal mamat ni diammm je, tak nak tegur ke anak-anak dia ni? Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki itu. Boleh tak encik suruh anak-anak encik tu dok diam-diam, saya tengah nak makan sandwic ni!


Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum sedikit. “Maafkan saya,” kata lelaki itu. “Dan maafkan anak-anak saya tu.Sebenarnya, isteri saya – ibu mereka – baru meninggal dunia sebab kanser di hospital, dan saya tak tahu macamana nak terangkan pada mereka hal ini.”


Kemudian dia sambung : “Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain supaya tak menganggu anda makan.”


apa yang kita rasa pada masa tuh?mesti rasa menyesalkan sebab marahkan lelaki tadi.
kita manusia suka menghukum orang berdasarkan luaran je.
cuba kalau kita yang ada dekat tempat lelaki yang kehilangan isteri tadi.apa rasa?
mesti kita mungkin akan buat perkara yang sama dengan lelaki tuh,

thats why la bila kita tengah marah,better kita diam.
dan time diam tu la kita kena berfikir dan cuba meletakkan diri kita pada tempat orang yang kita marah tuh.
mungkin si polan tuh buat camtu camni for some reasons.

samalah macam ibu bapa kita,
sebagai contoh,parents kita marah kita main hujan.
yang kita ni pulak duduk merungut dalam hati marah marah kenapa tak boleh la ape la,padehal bukan ape pon.
cuba kalau kita di tempat parents kita,kita ada anak,
anak kita pergi main hujan,adakah kita nak buat bodoh dan biarkan anak tu mandi hujan pastu demam dan seterusnya,
of course la kita marah kan.

okay,sekarang contoh dekat sekolah.
mesti kita selalu tension kenapa cikgu selalu marah marah
masuk kelas mesti nak marah marah tambah tambah bila budak budak tidur dalam kelas.
dalam hal ini,pelajar dengan cikgu kena saling cuba letakkan diri dalam diri yang berlainan.
cuba kalau kita jadi cikgu,anak murid kita tidor.of course la kita marah kan,
cikgu pon sepatutnya letakkan dirinya di tempat murid.
yang ni tidak.selalu cakap kita mengantuk sebab tidur lambat.
cuba tanya sebab apa?mungkin sebab basuh baju ke,

ada sekali ni aku cukup tak puas hati sebab warden warden naik asrama suruh tidur lepas al-mulk.
warden warden halau budak budak yang tengah basuh baju,suruh tido awal.
dalam situasi ni,kalau aku meletakkan diri aku kat tempat warden,
memang aku akan suruh budak budak tidur awal so esok tak mengantuk dalam kelas.okay fine,aku tau niat tu dah betoi.tapi caranya salah.
warden pon sepatutnya kena letakkan dirinya kat tempat pelajar.
kami ni pagi pergi sekolah,tengah hari balik bukan boleh naik asrama.
petang pulak nak basuh baju,kalau sinki dan bilik basuh tak penuh,boleh la.
lagi satu,petang petang selalu takde air,
then,maghrib smpai isya duduk masjid,
lepas tu pergi prep malam smpai pukul 11.
smentara nak tunggu al-mulk yang kira kira start 11.30
pelajar pelajar yang berjumlah 400++ orang tak akan boleh membasuh baju sampai habis dalam masa tuh unleast kalau sorang pelajar satu sinki.tak tambah lagi dengan masalah air tuhh.
jadi,nak tak nak kena tunggu lepas al-mulk cari peluang basuh baju.
kalau warden warden dah marah,bila lagi kami nak basuh baju?
simpan lama lama,busuk,lepas tu kena marah lagi dengan warden sebab tak jaga kebersihan la hape la.

itu la kita manusia.
tak ramai yang sedar benda ni.,
dan tak ramai yang boleh letakkan diri kita pada tempat orang lain.
apa apa pun,bila kita cuba letakkan diri pada tempat orang lain,pastikan fikiran kita sentiasa positif,
baru la takde kes kes tak puas hati la,ape la.KAN. :)
sebenarnya banyak lagi contoh yang memerlukan kita untuk meletakkan diri di tempat orang lain,
tapi aku dah tak larat nak tulis laa
tu je untuk post kali yang aku rase dah panjang berjela.


notakaki: bila marah,kita diam dan berfikir KENAPA dan MENGAPA
              bila kita cuba mencari kesalahan orang lain sebenarnya kita tanpa sedar sudah melakukan satu kesalahan.




.

Tuesday 6 December 2011

wordless wednesday

cara menyempurnakan solat taubat.

kita manusia memang selalu melakukan kesalahan,
tipu la kalau kata alim ulama' tu perfect segala.
yang hanya terpelihara daripada dosa ialah Rasulullah,
tetapi kadang kadang kita tak sedar dan terlupa untuk bertaubat daripada dosa.
ye,memang bukan semua orang MAMPU buat,tapi kita BOLEH buat kan,
kalau rasa macam susah sangat pon,better la kita ada berniat untuk buat solat taubat tuh,
lama lama nanti kita akan terdorong sendiri,insyAllah,
tapi kita kena ada tekad yang kuat la,kalau setakat cakap di hati,tapi takde tekad tak guna jugak.
kita ni manusia memang tak lari dari dosa.
bukan nak cakap ape,tapi everyday,everyhour,everyminute or even everysecond pon kita buat dosa.
yela,boleh jadi time aku tulis dalam english tuh korang terdetik dalam hati "haishh,apehal budak ni nak skiepang skiepang english ni,bajetnyewwww~ *teringat anwar hadi*"
kan dah buat dosa,tanpa kita sedar.
lumrah la manusia.no body perfects,but who we are to jugde others?
yang boleh jugde kita Allah je.
mulai sekarang,mari la kita sama sama berniat untuk bertaubat daripada melakukan kesalahan,
moga moga niat kita itu mendapat pahala daripada Allah.
dan sekurang kurangnya kita patut bersyukur kerana kita ada perasaan terdorong untuk melakukan taubat.
itu maknanya,kita insan yang dipilih oleh Allah :)
paling senang,istighfar banyak banyak :D
tapi kat sini ada sedikit cara untuk menyempurnakan solat sunat taubat.



Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
Muhammad Isa Selamat

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat :


  • Ikhlas ingin bertaubat
  • Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  • Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  • Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  • Dikerjakan sebelum ajal tiba
  • Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.


Waktu melaksanakan taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya

Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.

Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),


Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”




.semoga kita sama sama mendapat hidayah Allah~ :D



notakaki : kenapa manusia hidup suka bertelingkah,sedangkan pada asalnya manusia lahir daripada sebuah kemesraan.



.

Monday 5 December 2011

Sayangilah ibu anda :'D

sumber:Google Images.
Assalamulaikum rakan rakan. *buat mata bersinar.
Berhabuk sudah belog ini kan kan.
Jadi jadi penulis yang serba kekurangan ini *amboi,ayat, ingin berkongsi sesuatu yang mungkin boleh dijadikan pengajaran buat semua.
Cerita ini diambil dari majalah Mastika. Sape yang tak kenal majalah tu boleh la beli di mana mana kedai buku yang berkaitan atau pinjam je dari jiran sebelah.
So here the story goes *maaf penulis memang suka merojakkan bahasa:

  Malam sudah begitu lewat.Wanita itu berasa dadanya terlalu sakit hingga dia tidak mampu tidur walau sedetik pun.Lantas wanita itu pun segera bertemu dengan doktor yang tinggal berhampiran dengan rumahnya.Si doktor memulakan pemeriksaan dan di akhir pemeriksaannya ,doktor itu memberitahunya suatu perkara yang menakutkan- wanita itu menghidapi penyakit kanser payudara yang serius.
Anak lelaki wanita berkenaan yang ketika itu baru berusia 18 tahun,menangis apabila mendapat berita itu.Walaupun pembedahan membuang payudara si ibu berjaya dilakukan beberapa hari kemudian,tetapi penyakit kanser yang dihidapinya sudah kritikal.
Si anak ini mempunyai bakat besar dalam bidang seni lukis.Dia sangat kepingin menjadi pelukis terkenal.Demi mengejar cita-citanya itu,sembilan bulan kemudian iaitu pada Oktober 1907 si anak terpaksa meninggalkan ibunya.Dia memasuki sebuah akademi seni lukis.Tugas menjaga ibu kini terletak di tangan adiknya.
Beberapa bulan kemudian,si anak terpaksa pulang kerana gagal dalam peperiksaan.Si anak kembali ke pangkuan ibunya dan menemani si ibu yang sedang tenat.
Kali ini si anak tidak mahu meninggalkan ibunya lagi.Dia amat sayangkan ibunya.Ibunyalah yang telah menjaganya dengan baik,berbanding bapanya yang panas baran dan sering memukulnya.Bapanya tidak pernah memberinya semangat belajar,sebaliknya dimarah dan ditekan dengan kata kata kesat.
Ibunya tidak begitu. Ibunya bersifat penyayang dan sentiasa memberi dorongan.Malah ibunyalah yang mendorong si anak tadi supaya memasuki akademi seni lukis untuk mencapai cita-citanya sejak kecil lagi,walaupun ketika itu dia sedang bertarung dengan maut.
Hari berganti hari,keadaan ibunya semakin tenat.Ubat-ubatan yang mahal diberi kepadanya,termasuk idoform yang perlu disapu ke luka kanser di dada si ibu.Si ibu kemudian dipindahkan ke kawasan dapur apartmen anaknya tadi.Keadaan di dapur yang lebih panas dipercayai dapat melambatkan kesan penyakit kansernya.
Bersama dengan adiknya,si anak tadi menjaga ibunya dengan penuh kasih sayang.Dia juga membuat segala kerja rumah termasuk membasuh dan memasak.Tidak pernah sia anak ini mengabaikan ibunya walaupun dia sendiri sibuk bekerja dan menjalani hidup sebagai orang muda.
Sudah fitrah alam,yang hidup pasti akan mati.Awal pagi 21 Disember 1907,si ibu ini meninggal dunia.Si anak menangis tersedu-sedan di hadapan doktor yang datang untuk menandatangani sijil kematian si ibu.
Kesedihan si anak muda ini mengejutkan doktor berkenaan,sepanjang berpuluh tahun bekerja sebagai doktor,belum pernah dia melihat seorang anak menangisi kematian ibunya,seperti si anak muda itu.
Selepas kematian ibunya,barulah si anak tadi menyambung kembali pengajiannya dalam bidang seni lukis.Tapi ternyata kasih sayangnya kepada ibu tidak pernah luntur.
Di dalam dompet diselitkan foto ibunya.Foto itu akan ditatapnya setia kali ada kelapangan,hinggalah apabila si anak tadi dewasa.
Dua puluh lima tahun kemudian,si anak tadi menjadi manusia yang amat terkenal di dunia.Bukan dalam bidang seni lukis,tetapi politik dan ketenteraan.Seluruh dunia mengenali dirinya sebagai manusia yang penuh karisma.Dia juga ditakuti dan disegani.
Pada 30 Apri 1945,ajal si anak semakin hampir.Dia sudah memutuskan untuk menamatkan riwayatnya kerana begitu tertekan dengan kekalahan yang menimpa diri dan negaranya.
Sejurus sebelum meninggal dunia kerana membunuh diri,si anak tadi menatap sebuah potret yang tergantung di dinding bilik tidurnya sejak sekian lama.Potret itu adalah potret ibunya.
Dia menatap potret itu bagaikan seorang anak kecil yang merindui ibunya.Dan sebelum menutup matanya,si anak berbisik sesuatu kepada potret tersebut bahawa dia amat sayangkan ibunya.
Ini bukan cerita rekaan.Dan jangan terkejut,si anak dalam cerita di atas tadi adalah pemerintah Jerman yang palind ditakuti,iaitu diktator Adolf Hitler.Hitler lahir di Brannau,Austria,ibunya bernama Clara dan mereka pernah menetap di Vienna.
Begitulah hakikat kasih sayang yang diciptakan oleh Ilahi.Si ibu tetap menyayangi anaknya,walaupun anaknya serba kekurangan.Si anak pula tetap menyayangi ibunya,walaupun dia sebenarnya seorang yang kejam dan pembunuh.
Sedangkan Hitler pun menyayangi ibunya,inikan pula kita.Agaknya,logik juga kalau kita andaikan bahawa,kalau seorang anak itu membenci ibunya,ertinya dia lebih teruk daripada Hitler ! Sekejam-kejam Hitler,dia menyimpan potret ibunya dalam dompet dan menggantung potretnya di dinding rumah. Adakah kita begitu?
Ingat,di dalam sebuah hadis ada diriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W,
"Wahai Rasulullah,siapakah manusia yang paling layak untuk aku berbuat baik kepadanya ? "
Lalu baginda menjawab, "Ibumu,"
Lelaki itu bertanya lagi,"Selepas itu siapa pula ?"
Jawab baginda,"Ibumu,"
"Selepas itu?"
''Ibumu''
''Selepas itu,siapa pula wahai Rasulullah?''
Maka jawab baginda, ''Bapamu.''
*STORY END*
Okay mungkin ada yang pernah baca tapi nie cuma nak berkongsi sahaja sebab cerita nie memang buat penulis kagum dan tersentuh. *kesat air mata.
Harap boleh jadikan pengajaran.
Maaf kalau ada kesilapan ejaan,tatabahasa mahupun tanda baca. :D
Selamat membaca rakan rakan. 
Assalamualaikum.
yang benar lagi ikhlas,
budak 4B 2011 ;)
 


.