Followers

Saturday 27 August 2011

buat Muslimah

aku teringin nak jadi macam mereka mereka yang,,
menjaga aurat,bertudung labuh,
menjaga tutur kata,bahasa dan suara,
menjaga maruah diri sebaik baiknya,,

aku memang bertudung labuh,
TAPI,just kat sekolah,semata mata sebab peraturan,
kat rumah?pakai tudung pon kadang kadang selempang selempang jep,,
kat sekolah elok pakai stokin tutup aurat kaki,,
kalau lelaki tengok pon rasa malu,
TAPI,kat rumah,,bukan pakai stokin ponn,,
aku buat sume tu,pakai tudung labuh,pakai stokin,armsocks,
TAPI,aku buat semua tuh sebab peraturan sekolah memang macam tuh.,.
aku teringin nak betoi betoi pakai semua tuh kat mana mana,
TAPI,,aku malu,,=.=

memang betoi kata ustaz Zainol,dunia memang dah terbalik.,
manusia sekarang takut dan malu nak buat baik,,
TAPI,tak pernah malu berbuat jahat,,
contoh la,
ramai yang malu nak buat solat sunat,
kononnya takot kalau orang kata kita riak,berlagak alim,,
TAPI,ramai yang tak malu bila meninggalkan solat,jangan cakap solat sunat,solat wajib pon tinggal..
kan kan,,

ramai yang malu bertudung labuh,
kononnya fesyen mak cik mak cik,.
tak ikut trend semasa la,,
TAPI tak malu pulak kalau pakai baju tak cukup kain,
sampai terdedah dedah sana sini,,
lepas tu,bila timbul isu rogol,
masing masing salahkan sesama sendiri,,
ade jugak yang kata
"ala,,kalau pakai tudung labuh pon,belum tentu tak kene rogol.belum tentu baik"

okey fine!
TAPI,dalam kita tak sedar,kita menafikan Kalam Allah. :(
sedar tak??

firman Allah dalam surah al-ahzab-ayat 59:

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 


aku teringin nak jadi macam mereka mereka
yang lantang bila berdakwah,
diam tidak menuturkan ucapan lagho,
ayat Al-Quran tak lekang di bibir,
Al-Quran sentiasa di hati,

kalau aku pulak,
asyik cakap perkara lagho je,
pasal itu la,ini la,
asyik menyanyi nyanyi,
siap hafal lagi lirik lagu a little piece of heaven,,DLL
kalau orang tanya surah ape yang aku hafal,,
memang malu weyh,,
surah as-sajdah tu pon tergagap,kadang kadang almulk pon terlupe,,
jangankan nak menghafal surah AL-Baqarah
haishh,,teruk betoi .:(

aku teringin menjadi macam mereka mereka yang,,,
sibuk mencari redha Allah,
tidak pernah tertarik dengan nikmat dunia,
sering bertaubat dan merasakan diri nya tidak sempurna,,

hidup zaman sekarang ni,memang melekakan kita,,
kita kadang kadang tak sedar,on9 fb 24 jam pon tak kesah,,
TAPI,duduk atas sejadah 5 minit terasa lama,,
hurmm.,itula manusia,.:'(
aku pon makin lalai dengan godaan elektronik ni,,
tambah tambah bila da ada netbook sendiri.,,
makan minum lupa,homework..hurm.jangan cakaplah,memang tak buat~
solat pon kadang kadang lewat,,
itu pon aku dah siapkan pasangkan software azan kat netbook aku,
at least,kita tersedar jugak waktu solat dah masok~

aku teringin nak jadi macam mereka mereka yang,,
bahagia tatkala dibuai cinta Allah,,
rindu akan Rasulullah,,
gembira mendapat kemanisan iman,,

aku bukan la baik,
aku bukan sempurna,
sekurangnya aku tedetik,
untuk jadi lebih berguna,,

aku teringin nak rasa cinta Allah
aku teringin rasa rindu kepada Rasulullah,
macam mana agaknya rasa itu??
pernah tak korang terpikir macam mana?
sama ke macam cinta or rindu korang kat bf/gf?
aku harap suatu hari nanti aku akan dapat rasa tuh :)

aku bersyukur sangat sangat
walaupun aku sedar aku banyak lalai,
tapi aku masih mencari ruang dan peluang untuk memperbaiki diri..
aku ade azam untuk berubah,,

seronok kan kalau dapat jadi perempuan solehah :)
seronok kan kalau Al-Quran jadi penenang kite, :)
seronok kan kalau dapat jadi orang beriman :)
seronok lebih kalau kita dapat rasa kemanisan iman :)

* PRAY FOR ME and YOURSELF * :D

No comments:

Post a Comment