Followers

Thursday 8 December 2011

makna sebenar

Optimis : orang yang jatuh dari Menara KLCC,tapi ketika di pertengahannya berkata "tengok!aku tak cedera pon"

Bapa : Pegawai bank yang tercipta secara semula jadi

Konferens :Kekeliruan seseorang yang digandakan dengan beberapa ramai orang yang menyertainya.

Air mata :Kuasa hidrolik yang terhasil akibat kekalahan tenaga maskulin kepada aliran air feminin

Perbincangan berkumpulan : suatu lokasi dimana semua orang bercakap,tiada seorang pun dengar dan akhirnya tiada seorang pun setuju

Klasik : Buku yang semua orang puji tapi takde seorang pon yang membacanya

Senyuman :satu lengkungan yang menyebabkan semua benda lurus kembali

Dan lain lain lagi : suatu perkataan yang akan membuatkan orang lain fikir anda tahu banyak lagi (hakikatnya tidak)

Diplomat : orang yang berkata "boleh blahlah dengan kau " dalam cara diplomasi dan halus,yang anda fikir ia bermaksud hendak membawa anda melancong ke negaranya secara percuma.





.

Wednesday 7 December 2011

put yourself in other's shoes



entry kali ni untuk peringatan buat aku dan jugak korang korang yang membaca.
sebagai manusia normal macam aku,korang mesti jugak pernah rasa marah,tak puas hati dan rasa perasaan yang sewaktu dengan nya.pernah kan,
dan sometimes kita jugak tertanya tanya kenapa si polan ni buat camtu camni.
kita jugak pernah tak terlepas daripada mengata,mengumpat dan mengutuk dan dan dan lagi.
eh,jangan risau dan jangan malu nak mengaku sebab aku pon sama.

dan sebenarnya keadaan keadaan di atas ni berlaku sebab kita hanya pikir pasal diri kita je.,
okay,sekarang jom baca sebuah cerita yang aku dapat daripada internet

Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak menikmati sandwic dan Coke kita di tengah taman dengan udara bertiup lembut itu,tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak kecilnya duduk di sebelah kita. Lelaki itu hanya menung panjang melihat ke tasik dan mendiamkan diri sementara anak-anaknya berlarian macam setan menjerit-jerit sekuat hati. Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan kening berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang lain tu.


Kita pun lama-lama semakin bengang. Setan sungguh budak ni! Apahal mamat ni diammm je, tak nak tegur ke anak-anak dia ni? Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki itu. Boleh tak encik suruh anak-anak encik tu dok diam-diam, saya tengah nak makan sandwic ni!


Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum sedikit. “Maafkan saya,” kata lelaki itu. “Dan maafkan anak-anak saya tu.Sebenarnya, isteri saya – ibu mereka – baru meninggal dunia sebab kanser di hospital, dan saya tak tahu macamana nak terangkan pada mereka hal ini.”


Kemudian dia sambung : “Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain supaya tak menganggu anda makan.”


apa yang kita rasa pada masa tuh?mesti rasa menyesalkan sebab marahkan lelaki tadi.
kita manusia suka menghukum orang berdasarkan luaran je.
cuba kalau kita yang ada dekat tempat lelaki yang kehilangan isteri tadi.apa rasa?
mesti kita mungkin akan buat perkara yang sama dengan lelaki tuh,

thats why la bila kita tengah marah,better kita diam.
dan time diam tu la kita kena berfikir dan cuba meletakkan diri kita pada tempat orang yang kita marah tuh.
mungkin si polan tuh buat camtu camni for some reasons.

samalah macam ibu bapa kita,
sebagai contoh,parents kita marah kita main hujan.
yang kita ni pulak duduk merungut dalam hati marah marah kenapa tak boleh la ape la,padehal bukan ape pon.
cuba kalau kita di tempat parents kita,kita ada anak,
anak kita pergi main hujan,adakah kita nak buat bodoh dan biarkan anak tu mandi hujan pastu demam dan seterusnya,
of course la kita marah kan.

okay,sekarang contoh dekat sekolah.
mesti kita selalu tension kenapa cikgu selalu marah marah
masuk kelas mesti nak marah marah tambah tambah bila budak budak tidur dalam kelas.
dalam hal ini,pelajar dengan cikgu kena saling cuba letakkan diri dalam diri yang berlainan.
cuba kalau kita jadi cikgu,anak murid kita tidor.of course la kita marah kan,
cikgu pon sepatutnya letakkan dirinya di tempat murid.
yang ni tidak.selalu cakap kita mengantuk sebab tidur lambat.
cuba tanya sebab apa?mungkin sebab basuh baju ke,

ada sekali ni aku cukup tak puas hati sebab warden warden naik asrama suruh tidur lepas al-mulk.
warden warden halau budak budak yang tengah basuh baju,suruh tido awal.
dalam situasi ni,kalau aku meletakkan diri aku kat tempat warden,
memang aku akan suruh budak budak tidur awal so esok tak mengantuk dalam kelas.okay fine,aku tau niat tu dah betoi.tapi caranya salah.
warden pon sepatutnya kena letakkan dirinya kat tempat pelajar.
kami ni pagi pergi sekolah,tengah hari balik bukan boleh naik asrama.
petang pulak nak basuh baju,kalau sinki dan bilik basuh tak penuh,boleh la.
lagi satu,petang petang selalu takde air,
then,maghrib smpai isya duduk masjid,
lepas tu pergi prep malam smpai pukul 11.
smentara nak tunggu al-mulk yang kira kira start 11.30
pelajar pelajar yang berjumlah 400++ orang tak akan boleh membasuh baju sampai habis dalam masa tuh unleast kalau sorang pelajar satu sinki.tak tambah lagi dengan masalah air tuhh.
jadi,nak tak nak kena tunggu lepas al-mulk cari peluang basuh baju.
kalau warden warden dah marah,bila lagi kami nak basuh baju?
simpan lama lama,busuk,lepas tu kena marah lagi dengan warden sebab tak jaga kebersihan la hape la.

itu la kita manusia.
tak ramai yang sedar benda ni.,
dan tak ramai yang boleh letakkan diri kita pada tempat orang lain.
apa apa pun,bila kita cuba letakkan diri pada tempat orang lain,pastikan fikiran kita sentiasa positif,
baru la takde kes kes tak puas hati la,ape la.KAN. :)
sebenarnya banyak lagi contoh yang memerlukan kita untuk meletakkan diri di tempat orang lain,
tapi aku dah tak larat nak tulis laa
tu je untuk post kali yang aku rase dah panjang berjela.


notakaki: bila marah,kita diam dan berfikir KENAPA dan MENGAPA
              bila kita cuba mencari kesalahan orang lain sebenarnya kita tanpa sedar sudah melakukan satu kesalahan.




.

Tuesday 6 December 2011

wordless wednesday

cara menyempurnakan solat taubat.

kita manusia memang selalu melakukan kesalahan,
tipu la kalau kata alim ulama' tu perfect segala.
yang hanya terpelihara daripada dosa ialah Rasulullah,
tetapi kadang kadang kita tak sedar dan terlupa untuk bertaubat daripada dosa.
ye,memang bukan semua orang MAMPU buat,tapi kita BOLEH buat kan,
kalau rasa macam susah sangat pon,better la kita ada berniat untuk buat solat taubat tuh,
lama lama nanti kita akan terdorong sendiri,insyAllah,
tapi kita kena ada tekad yang kuat la,kalau setakat cakap di hati,tapi takde tekad tak guna jugak.
kita ni manusia memang tak lari dari dosa.
bukan nak cakap ape,tapi everyday,everyhour,everyminute or even everysecond pon kita buat dosa.
yela,boleh jadi time aku tulis dalam english tuh korang terdetik dalam hati "haishh,apehal budak ni nak skiepang skiepang english ni,bajetnyewwww~ *teringat anwar hadi*"
kan dah buat dosa,tanpa kita sedar.
lumrah la manusia.no body perfects,but who we are to jugde others?
yang boleh jugde kita Allah je.
mulai sekarang,mari la kita sama sama berniat untuk bertaubat daripada melakukan kesalahan,
moga moga niat kita itu mendapat pahala daripada Allah.
dan sekurang kurangnya kita patut bersyukur kerana kita ada perasaan terdorong untuk melakukan taubat.
itu maknanya,kita insan yang dipilih oleh Allah :)
paling senang,istighfar banyak banyak :D
tapi kat sini ada sedikit cara untuk menyempurnakan solat sunat taubat.



Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
Muhammad Isa Selamat

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat :


  • Ikhlas ingin bertaubat
  • Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  • Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  • Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  • Dikerjakan sebelum ajal tiba
  • Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.


Waktu melaksanakan taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya

Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.

Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),


Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”




.semoga kita sama sama mendapat hidayah Allah~ :D



notakaki : kenapa manusia hidup suka bertelingkah,sedangkan pada asalnya manusia lahir daripada sebuah kemesraan.



.

Monday 5 December 2011

Sayangilah ibu anda :'D

sumber:Google Images.
Assalamulaikum rakan rakan. *buat mata bersinar.
Berhabuk sudah belog ini kan kan.
Jadi jadi penulis yang serba kekurangan ini *amboi,ayat, ingin berkongsi sesuatu yang mungkin boleh dijadikan pengajaran buat semua.
Cerita ini diambil dari majalah Mastika. Sape yang tak kenal majalah tu boleh la beli di mana mana kedai buku yang berkaitan atau pinjam je dari jiran sebelah.
So here the story goes *maaf penulis memang suka merojakkan bahasa:

  Malam sudah begitu lewat.Wanita itu berasa dadanya terlalu sakit hingga dia tidak mampu tidur walau sedetik pun.Lantas wanita itu pun segera bertemu dengan doktor yang tinggal berhampiran dengan rumahnya.Si doktor memulakan pemeriksaan dan di akhir pemeriksaannya ,doktor itu memberitahunya suatu perkara yang menakutkan- wanita itu menghidapi penyakit kanser payudara yang serius.
Anak lelaki wanita berkenaan yang ketika itu baru berusia 18 tahun,menangis apabila mendapat berita itu.Walaupun pembedahan membuang payudara si ibu berjaya dilakukan beberapa hari kemudian,tetapi penyakit kanser yang dihidapinya sudah kritikal.
Si anak ini mempunyai bakat besar dalam bidang seni lukis.Dia sangat kepingin menjadi pelukis terkenal.Demi mengejar cita-citanya itu,sembilan bulan kemudian iaitu pada Oktober 1907 si anak terpaksa meninggalkan ibunya.Dia memasuki sebuah akademi seni lukis.Tugas menjaga ibu kini terletak di tangan adiknya.
Beberapa bulan kemudian,si anak terpaksa pulang kerana gagal dalam peperiksaan.Si anak kembali ke pangkuan ibunya dan menemani si ibu yang sedang tenat.
Kali ini si anak tidak mahu meninggalkan ibunya lagi.Dia amat sayangkan ibunya.Ibunyalah yang telah menjaganya dengan baik,berbanding bapanya yang panas baran dan sering memukulnya.Bapanya tidak pernah memberinya semangat belajar,sebaliknya dimarah dan ditekan dengan kata kata kesat.
Ibunya tidak begitu. Ibunya bersifat penyayang dan sentiasa memberi dorongan.Malah ibunyalah yang mendorong si anak tadi supaya memasuki akademi seni lukis untuk mencapai cita-citanya sejak kecil lagi,walaupun ketika itu dia sedang bertarung dengan maut.
Hari berganti hari,keadaan ibunya semakin tenat.Ubat-ubatan yang mahal diberi kepadanya,termasuk idoform yang perlu disapu ke luka kanser di dada si ibu.Si ibu kemudian dipindahkan ke kawasan dapur apartmen anaknya tadi.Keadaan di dapur yang lebih panas dipercayai dapat melambatkan kesan penyakit kansernya.
Bersama dengan adiknya,si anak tadi menjaga ibunya dengan penuh kasih sayang.Dia juga membuat segala kerja rumah termasuk membasuh dan memasak.Tidak pernah sia anak ini mengabaikan ibunya walaupun dia sendiri sibuk bekerja dan menjalani hidup sebagai orang muda.
Sudah fitrah alam,yang hidup pasti akan mati.Awal pagi 21 Disember 1907,si ibu ini meninggal dunia.Si anak menangis tersedu-sedan di hadapan doktor yang datang untuk menandatangani sijil kematian si ibu.
Kesedihan si anak muda ini mengejutkan doktor berkenaan,sepanjang berpuluh tahun bekerja sebagai doktor,belum pernah dia melihat seorang anak menangisi kematian ibunya,seperti si anak muda itu.
Selepas kematian ibunya,barulah si anak tadi menyambung kembali pengajiannya dalam bidang seni lukis.Tapi ternyata kasih sayangnya kepada ibu tidak pernah luntur.
Di dalam dompet diselitkan foto ibunya.Foto itu akan ditatapnya setia kali ada kelapangan,hinggalah apabila si anak tadi dewasa.
Dua puluh lima tahun kemudian,si anak tadi menjadi manusia yang amat terkenal di dunia.Bukan dalam bidang seni lukis,tetapi politik dan ketenteraan.Seluruh dunia mengenali dirinya sebagai manusia yang penuh karisma.Dia juga ditakuti dan disegani.
Pada 30 Apri 1945,ajal si anak semakin hampir.Dia sudah memutuskan untuk menamatkan riwayatnya kerana begitu tertekan dengan kekalahan yang menimpa diri dan negaranya.
Sejurus sebelum meninggal dunia kerana membunuh diri,si anak tadi menatap sebuah potret yang tergantung di dinding bilik tidurnya sejak sekian lama.Potret itu adalah potret ibunya.
Dia menatap potret itu bagaikan seorang anak kecil yang merindui ibunya.Dan sebelum menutup matanya,si anak berbisik sesuatu kepada potret tersebut bahawa dia amat sayangkan ibunya.
Ini bukan cerita rekaan.Dan jangan terkejut,si anak dalam cerita di atas tadi adalah pemerintah Jerman yang palind ditakuti,iaitu diktator Adolf Hitler.Hitler lahir di Brannau,Austria,ibunya bernama Clara dan mereka pernah menetap di Vienna.
Begitulah hakikat kasih sayang yang diciptakan oleh Ilahi.Si ibu tetap menyayangi anaknya,walaupun anaknya serba kekurangan.Si anak pula tetap menyayangi ibunya,walaupun dia sebenarnya seorang yang kejam dan pembunuh.
Sedangkan Hitler pun menyayangi ibunya,inikan pula kita.Agaknya,logik juga kalau kita andaikan bahawa,kalau seorang anak itu membenci ibunya,ertinya dia lebih teruk daripada Hitler ! Sekejam-kejam Hitler,dia menyimpan potret ibunya dalam dompet dan menggantung potretnya di dinding rumah. Adakah kita begitu?
Ingat,di dalam sebuah hadis ada diriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W,
"Wahai Rasulullah,siapakah manusia yang paling layak untuk aku berbuat baik kepadanya ? "
Lalu baginda menjawab, "Ibumu,"
Lelaki itu bertanya lagi,"Selepas itu siapa pula ?"
Jawab baginda,"Ibumu,"
"Selepas itu?"
''Ibumu''
''Selepas itu,siapa pula wahai Rasulullah?''
Maka jawab baginda, ''Bapamu.''
*STORY END*
Okay mungkin ada yang pernah baca tapi nie cuma nak berkongsi sahaja sebab cerita nie memang buat penulis kagum dan tersentuh. *kesat air mata.
Harap boleh jadikan pengajaran.
Maaf kalau ada kesilapan ejaan,tatabahasa mahupun tanda baca. :D
Selamat membaca rakan rakan. 
Assalamualaikum.
yang benar lagi ikhlas,
budak 4B 2011 ;)
 


.

Saturday 15 October 2011

coming home by diddy lagu memuja dajal??

sekarang dengar dulu lagu ni,nanti saya bagi explaination yang saya dapat dapat daripada blog orang lain


the desert really shown a MEANINGFUL message!
akhir dunia akan kering kontang, penyakit akan menyular, maka datanglah dajjal membawa hujan
pada ketika itu orang kafir akan mengangkat dajjal sebagai tuhannya


and here is the lyrics
i will help you to REFINE why i RETITLE this song as the dajjal song

The Chorus :
I’m coming home
I’m coming home
Tell the World I’m coming home
Let the rain wash away all the pain of yesterday 
( dajal datang membawa hujan )
I know my kingdom awaits and they’ve forgiven my mistakes
I’m coming home, I’m coming home
Tell the World that I’m coming
..................................................................
Back where I belong, yeah I never felt so strong
I feel like there’s nothing that I can’t try
And if you with me put your hands high 
( pengikut-pengikut dajjal akan riang gembira )
If you ever lost a light before, this ones for you
And you, the dreams are for you
.................................................................
Another lie that I carry on 
( dajjal dikenali sebagai penipuan yang besar dalam sejarah )
I need to get back to the place I belong
.................................................................
What if my son stares with a face like my own
And says he wants to be like me when he’s grown
Sh-t! But I aint finished growing
(semasa dajjal masih bayi, dia telah dihantar ke sebuah pulau yang kini dijagai oleh jassasah)
Another night the inevitible prolongs
.................................................................
But we’ve been living as friends
So you’ve been a guest in your own home
It’s time to make your house your home
.................................................................
“Ain’t No Stopping Us Now“
Whenever it comes on it makes me feel strong
Forgave me for all of my shortcomings 
( dajjal hanya datang dalam masa 40 hari, 1 day like a year, 1 day like a month, 1 day like week and the rest day just ike our normal day )
Lot of fights, lot of scars
...................................................................


Sedarkah kita bahawa lirik-lirik lagu yang dinyanyikan oleh sesetengah artis barat bermaksud untuk menyeru kedatangan Dajjal?

keadaan gawat nanti ketika kedatangan dajjal. Rasul saw berpesan kpd kita agar jangan keluar rumah.
Makanan & minuman saat itu hanyalah : Ø³Ø¨Ø­Ø§Ù† الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر
Kedatangan dajjal semakin hampir tatkala manusia semakin lupa ttg bahana kedatangannya
Allahu Allah


Sunday 28 August 2011

senyum la~

kalau nak tengok,boleyh la stop kan music yang kat bawah sekali tuh,,ye,enjoy sambil berfikir :)


manusia kuat,manusia perkasa


"Orang yang kuat bukan kerana mampu mengalahkan lawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menundukan nafsunya di saat ia sedang marah."
Demikian sabda Rasulullah S.A.W, bukan lantaran mampu menghentam tengkuk lawannya seseorang disebut "manusia kuat, manusia perkasa", tetapi siapa pun dari lapisan manapun yang mampu menaklukkan nafsunya, mampu menjinakkan gelora cita-citanya, itulah manusia kuat, perkasa.
Itulah cara yang terbaik. Tidak usah mematikan nafsu tetapi pandai-pandailahmenakluknya untuk kemudian menyalurkan pada kedudukan benar tidak berlanggar dengan norma-norma Tuhan mahupun norma-norma yang manusiawi.
Menaklukkan nafsu ertinya tidak menelampiaskan semahu-mahunya, tanpa peduli atau bertindak dengan dalih "hak asasi". Seseorang harus benar-benar memahami watak nafsunya yang selalu menuntut dan menuntut tanpa mengenal erti puas dan seseorang harus mampu mengenal keterbatasan dirinya sendiri, namun inilah ujian yang paling sukar, sebab manusia ternyata lebih pandai membaca diri orang lain daripada harus membaca dirinya sendiri.
Menyalurkan ertinya tidak usah mematikan nafsunya tetapi merealisasikan tuntutannya sepanjang ia membawa petaka baik bagi peribadinya mahupun sekelilingnya. Disalurkan sesuai dengan norma-norma Tuhan, semisalnya tuntutan nafsu seksual yang patut disalurkan melalui pernikahan yang sah. Demikian halnya sifat ingin kaya salurkan dengan kerja keras tekun tetapi jujur tidak memanipulasi atau rasuah dan cara-cara lain yang melanggar hukum Tuhan.
Melampiaskan nafsu dengan cara-cara yang bertentangan dengan norma-norma Tuhan sudah pasti akan melahirkan kesan psikologis yang tidak baik. Sekalipun seseorang yang mengambil jalan haram boleh menjadi kaya, hidup dalam gelumang harta kekayaan, kemewahan dan kemegahan, namun siapa pun tidak mungkin mampu meredakan pertentangan batinnya, siapa pun tak mungkin mampu membaca jeritan hati nuraninya.
Manusia cuma pandai membohongi orang lain tetapi jangan harap mampu membohongi hati nuraninya sendiri. Bukankah suatu siksaan berat bagi seseorang yang bertindak melawan kata batinnya. Bagaimana ia mampu memperoleh ketenteraman jiwa.
Itulah sebabnya kejujuran adalah pintu kebahagiaan, pintu ketenteraman yang sejati.
Bersikap jujur, itu wajar dan harus diawali dengan menundukkan nafsunya sendiri. Namun perang melawan nafsu itulah satu perperangan yang teramat dahsyat pada hidup seseorang sebenarnya.

kenangan f3 : hari terakhir kat sekolah

di hari terakhir sekolah kitorang telah menggile~~














eh eh,ainaa buang sampah pon ter interframe lak~


im gonna miss this aras~huhu

NAk Bangge KejAp~


sekolah aku masok majalah fokus spm
mesti korang nak cakap
"alorhh,tu pon nak kecoh,"
aii biala,nak bangge sikit pon taley kaa?

(klik kat setiap gamba,kalo nak lebih jelas la,kalo tak nak suda)



.

FAkTa @ AutA


FakTA @ AUta
1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.


2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.




3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan






4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai


paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.




5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.




6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.




7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.






8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.






9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.






10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.






11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.




12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.




13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.




14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

TEmuduga sebagai :calon jenazah


SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN


KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B.. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dila ntik Jadi Ahli Syurga.


EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.


TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.


LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).


KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.


PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.


ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?


CARA MEMOHON:


Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. 

CAra MEnjaWab TElefOn


             Cara Menjawab Telefon


Anda selalu menjawab panggilan telefon, tetapi pernahkah anda terfikir, jawapan yang anda beri selalunya sama. Kali ini cuba tukar sikit, pasti anda tak boring walaupun kena jadi operator


1. Soalan : hallo may I speak to ina pelase
jawapan : maaf sini bukan balai polis


2. Soalan : hello sapa disana?
Jawapan : tah, saya kat sini, manalah saya tau sapa kat sana.


3. Soalan : hello boleh saya bercakap dengan bapak awak?
Jawapan : nak cakap , cakap jerla. Apsal lak tanya saya.


4. Soalan : hello, tolong sambungkan talian saya ke nombor 323
jawapan : maaf talian anda tak boleh disambung pada nombor, sebab nombor hanya boleh dicampor.


5. soalan : hallo, mak ada rumah?
Jawapan : mak saya takde rumah, bapak saya ada, sebab rumah ni beli atas nama bapak saya.


6. Soalan : hello ina, buat aper tu?
Jawapan : Hello ,ina tengah bercakat ngan awak kat tepon ni.


7. Soalan : hello Sharifah ada?
Jawapan : maaf nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhimatannya...terima kasih


8. Soalan : hello,tolong panggilkan iskandar saya ingin bercakap
dengannya.
Jawapan: panggillah sendiri saya sibukler...


9. Soalan; hello....
jawapan: hello pusat sakit mental disini, anda ingin mendaftar?


10. Soalan : assalammualaikum
Jawapan Walaikumsalam.
(tupppp..... terus letak tepon sebab kita wajib jawab salam )

kenangan f3 :aku+korang+sumer akan miss aras form 3


aku+korang akan rindu gilak dekat aras form 3 ni betul tak?
rau tak sebab per?coz aras ni ada banyak kenangan
memori yang tak leh nak delete dari ingatan...so save tau dlm kotak fikiran korang
jangan format tau..nanti dah pdm..korang nyesal
na tau tak sebab pe aras ni paling best n gempak
meyh aku bagi fail sulit aras form 3 2010

~aras ni la aras yang paling tak malu nak tarik tong sampah even dari kelas T sampai J pown.
[bukti:yana penah buat time prep malam]
~aras startegik nak usya mamat2 maen bola
[terimbau kot kenangan silam..haha]
~aras smart tengok helikopter landing [waaa....]
~aras tengok hujan jatuh paling chantek.[tertekan la suis memory lane kite bersme]
~aras yang tader form laen slain form 3
~aras paling smart nak lepas geram..[engat tak korang baling paper2 pas PMR masok dalam lori pakcik recycle]
~aras yang semua type budak ajer[on bluetooth weyh...na search]

notakaki dari sayer::aras kami bukan aras maksiat
                              bukan aras haram
                              bukan aras wanted
                              bukan aras jahat

korang faham tak ni...kitaorang tak jahat..nakal jer...huhu

~end~
kami gempak 4 eva

from
admin yang plg smart abes

kenangan f3 :PASCA PMR(explorace Arab)














khas Buat TEman


dalam sedih ada ketawa..
dalam tangis ada bahagia..


inilah lumrah dunia..
hakikatnya semua sementara..


apalah yang ku kejar padanya..
sedang telah ku timbangkan segalanya..

bukankah yang kekal itu lebih bahagia..
atau pun diriku telah tertipu oleh keindahannya..

dalam aliran ketenangan hati..
ada yang terhempas pada batu realiti..
dalam perjalanan hidup ini..
pasti ada halangan untuk diri ini..

ketika genangan air mata ini..
setitis demi setitis jatuh ke bumi..
terasa ada bahagia hinggap di hati..
terasa indahnya kasihMu kepada diri ini..

namun..genangan air mataku..
terus melimpah laju..
hatiku tertunduk malu..Allahu Rabbi..

layakkah aku bersamaMu..
sedang aku berlumuran dosa..

terasa ingin dibisukan kata..
dan dibutakan mata..
kerana hakikatnya….
amalku entah diterima..
atau dicampak semula..

hanya kata-kata nista..
bersalut dosa..
cuba disembunyikan dariNya..
malulah kamu diri yang hina!..
apakah Dia tidak mengetahui..

 
wahai insan yang keras hatinya..
wahai insan yang gelap hatinya..
wahai insan yang tertutup pintu hatinya..
aku ingatkan dirimu..

hari ini kau rasa sendiri..dan nanti..
semua akan menjadi saksi..seluruh dunia..
malah alam turut bersama..menghina dirimu..
hinaan dan kecelakaan ke atas kamu..
laknat Allah dan makhluknya kepadamu..

hari ini kau berkata-kata..
dan hari ini aku tidak melihat amalnya..
hari ini kau terselamat darinya..ketahuilah..
hari esok..air mata mu..sekalipun darah yang mengalir..
tidak bermakna lagi..




hasil puitis....
  

kenangan f3 :3 ibnu jabir
















kenangan f3 :putera sayang giler kat sekolah

 


Akhirnye..siap jugak kerja2 amal kt skola...antranyer logo SMKASR yg terletak d lereng bukit bhampiran dgn pgr yg f3 slalu fly 2..hehe..slps budk2 f3 cantekkn LOGO nie..byk perubhn..something different..bertong2 cat abeh utk memperindahkn pmandangan  LOGO nie..smat kowt skang..skola da ubuh spotlight ag 2...mlm2 mmg cntek kowt klu tgk..owg klan nmpk la..cikguroslin lg la nmpk..hehe..tp dr highway ta nmpk la..yg pntg f3 da dpt siapkn kerja nie..sume smgt jea wat bnde nie..yeke.nta la..hehe..ad yg lepk2..wat  keje2 laen..yg bestnyer tyme lambai2 owg lalu.haha..lwk tol..timekaseh kt pakcik2 yg bwk lori..dyeorg ta sombong..haha..slaen 2 cat umah pngetua bru..ZAINOL ARIFFIN B MAD JAID..cat smua pgr keliling rumh 2..ta la nmpk lme sgt..PK HEM kte un na uma dye cat jgak..bgkn..cat wane maroon..smat kowt..tataw da siap ke blom sume..ermm..
   kami conteng jalan !! F3 :) by putre








F3 2010 bergambar di logo SRISS





  
:) sekolah cakap timekaseh f3.haha!!!

......

mmg ta dnafikan putre2 f3 mmg rjen2 an..hehe..kpd pu3 yg bmint utk jdikn suami bolehlah memilih ye..sume2 nie ta kawen agy..haha..