Followers

Monday 5 December 2011

Sayangilah ibu anda :'D

sumber:Google Images.
Assalamulaikum rakan rakan. *buat mata bersinar.
Berhabuk sudah belog ini kan kan.
Jadi jadi penulis yang serba kekurangan ini *amboi,ayat, ingin berkongsi sesuatu yang mungkin boleh dijadikan pengajaran buat semua.
Cerita ini diambil dari majalah Mastika. Sape yang tak kenal majalah tu boleh la beli di mana mana kedai buku yang berkaitan atau pinjam je dari jiran sebelah.
So here the story goes *maaf penulis memang suka merojakkan bahasa:

  Malam sudah begitu lewat.Wanita itu berasa dadanya terlalu sakit hingga dia tidak mampu tidur walau sedetik pun.Lantas wanita itu pun segera bertemu dengan doktor yang tinggal berhampiran dengan rumahnya.Si doktor memulakan pemeriksaan dan di akhir pemeriksaannya ,doktor itu memberitahunya suatu perkara yang menakutkan- wanita itu menghidapi penyakit kanser payudara yang serius.
Anak lelaki wanita berkenaan yang ketika itu baru berusia 18 tahun,menangis apabila mendapat berita itu.Walaupun pembedahan membuang payudara si ibu berjaya dilakukan beberapa hari kemudian,tetapi penyakit kanser yang dihidapinya sudah kritikal.
Si anak ini mempunyai bakat besar dalam bidang seni lukis.Dia sangat kepingin menjadi pelukis terkenal.Demi mengejar cita-citanya itu,sembilan bulan kemudian iaitu pada Oktober 1907 si anak terpaksa meninggalkan ibunya.Dia memasuki sebuah akademi seni lukis.Tugas menjaga ibu kini terletak di tangan adiknya.
Beberapa bulan kemudian,si anak terpaksa pulang kerana gagal dalam peperiksaan.Si anak kembali ke pangkuan ibunya dan menemani si ibu yang sedang tenat.
Kali ini si anak tidak mahu meninggalkan ibunya lagi.Dia amat sayangkan ibunya.Ibunyalah yang telah menjaganya dengan baik,berbanding bapanya yang panas baran dan sering memukulnya.Bapanya tidak pernah memberinya semangat belajar,sebaliknya dimarah dan ditekan dengan kata kata kesat.
Ibunya tidak begitu. Ibunya bersifat penyayang dan sentiasa memberi dorongan.Malah ibunyalah yang mendorong si anak tadi supaya memasuki akademi seni lukis untuk mencapai cita-citanya sejak kecil lagi,walaupun ketika itu dia sedang bertarung dengan maut.
Hari berganti hari,keadaan ibunya semakin tenat.Ubat-ubatan yang mahal diberi kepadanya,termasuk idoform yang perlu disapu ke luka kanser di dada si ibu.Si ibu kemudian dipindahkan ke kawasan dapur apartmen anaknya tadi.Keadaan di dapur yang lebih panas dipercayai dapat melambatkan kesan penyakit kansernya.
Bersama dengan adiknya,si anak tadi menjaga ibunya dengan penuh kasih sayang.Dia juga membuat segala kerja rumah termasuk membasuh dan memasak.Tidak pernah sia anak ini mengabaikan ibunya walaupun dia sendiri sibuk bekerja dan menjalani hidup sebagai orang muda.
Sudah fitrah alam,yang hidup pasti akan mati.Awal pagi 21 Disember 1907,si ibu ini meninggal dunia.Si anak menangis tersedu-sedan di hadapan doktor yang datang untuk menandatangani sijil kematian si ibu.
Kesedihan si anak muda ini mengejutkan doktor berkenaan,sepanjang berpuluh tahun bekerja sebagai doktor,belum pernah dia melihat seorang anak menangisi kematian ibunya,seperti si anak muda itu.
Selepas kematian ibunya,barulah si anak tadi menyambung kembali pengajiannya dalam bidang seni lukis.Tapi ternyata kasih sayangnya kepada ibu tidak pernah luntur.
Di dalam dompet diselitkan foto ibunya.Foto itu akan ditatapnya setia kali ada kelapangan,hinggalah apabila si anak tadi dewasa.
Dua puluh lima tahun kemudian,si anak tadi menjadi manusia yang amat terkenal di dunia.Bukan dalam bidang seni lukis,tetapi politik dan ketenteraan.Seluruh dunia mengenali dirinya sebagai manusia yang penuh karisma.Dia juga ditakuti dan disegani.
Pada 30 Apri 1945,ajal si anak semakin hampir.Dia sudah memutuskan untuk menamatkan riwayatnya kerana begitu tertekan dengan kekalahan yang menimpa diri dan negaranya.
Sejurus sebelum meninggal dunia kerana membunuh diri,si anak tadi menatap sebuah potret yang tergantung di dinding bilik tidurnya sejak sekian lama.Potret itu adalah potret ibunya.
Dia menatap potret itu bagaikan seorang anak kecil yang merindui ibunya.Dan sebelum menutup matanya,si anak berbisik sesuatu kepada potret tersebut bahawa dia amat sayangkan ibunya.
Ini bukan cerita rekaan.Dan jangan terkejut,si anak dalam cerita di atas tadi adalah pemerintah Jerman yang palind ditakuti,iaitu diktator Adolf Hitler.Hitler lahir di Brannau,Austria,ibunya bernama Clara dan mereka pernah menetap di Vienna.
Begitulah hakikat kasih sayang yang diciptakan oleh Ilahi.Si ibu tetap menyayangi anaknya,walaupun anaknya serba kekurangan.Si anak pula tetap menyayangi ibunya,walaupun dia sebenarnya seorang yang kejam dan pembunuh.
Sedangkan Hitler pun menyayangi ibunya,inikan pula kita.Agaknya,logik juga kalau kita andaikan bahawa,kalau seorang anak itu membenci ibunya,ertinya dia lebih teruk daripada Hitler ! Sekejam-kejam Hitler,dia menyimpan potret ibunya dalam dompet dan menggantung potretnya di dinding rumah. Adakah kita begitu?
Ingat,di dalam sebuah hadis ada diriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W,
"Wahai Rasulullah,siapakah manusia yang paling layak untuk aku berbuat baik kepadanya ? "
Lalu baginda menjawab, "Ibumu,"
Lelaki itu bertanya lagi,"Selepas itu siapa pula ?"
Jawab baginda,"Ibumu,"
"Selepas itu?"
''Ibumu''
''Selepas itu,siapa pula wahai Rasulullah?''
Maka jawab baginda, ''Bapamu.''
*STORY END*
Okay mungkin ada yang pernah baca tapi nie cuma nak berkongsi sahaja sebab cerita nie memang buat penulis kagum dan tersentuh. *kesat air mata.
Harap boleh jadikan pengajaran.
Maaf kalau ada kesilapan ejaan,tatabahasa mahupun tanda baca. :D
Selamat membaca rakan rakan. 
Assalamualaikum.
yang benar lagi ikhlas,
budak 4B 2011 ;)
 


.

No comments:

Post a Comment